Thursday, July 30, 2009

SEMANGAT YANG HILANG


Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian
Segunung harap dujulang
Usah diragukan
Keupayaan diri

Api yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang


Semangat yang hilang
Kita cari pulang


na...na...na...na..na
na...na...na..na..na

Monday, July 6, 2009

PeRsAhAbAtAn


Dalam dunia ini kita tidak mmpunyai sesiapa,
kecuali diri kita sendiri,
Tetapi dalam bersendirian, kita beruntung kerana...
Mempunyai sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitulah juga dia...
Tetapi kita sering lupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaanya,
Bagi kita, itu alasan untk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti2 sedgkan kita jga ada janji yang tidak ditepati,
Kita memberi beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...
Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorg sahabat yg sentiasa memahami,
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukan,
Dia mendengar luahan perasaan kita,
Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Hrapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sbgai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga...
Kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsikan bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan rasa bimbangkan... rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh jadi tempat untuk bersandarkan bila terasa lemah, agar dia tidak rebah?bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang bercerita,
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat,
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.

Sebagai kekuatan..jadilah kita sahabat itu,
Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak tabah yang kita sangkakan,
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpul seribu kekalutan,
Kita tidak tahu... tetapi jika kita cuba menjadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu...



Renungilah... Hargailah sebuah persahabatan kerana di sebaliknya tersimpul segala-galanya...